Selasa, 4 Oktober 2016

PERBEZAAN CAM RACING DENGAN CAM POTONG



 
Cam standart yang telah diracingkan
  • Salam buat semua.. kali ini aku akan bercerita lagi mengenai camshaft. Mungkin bagi kami yang begitu obses dengan cam ini merasa tidak cukup untuk berkongsi ilmu dengan sedikit penerangan pada post yang lepas.. kami merasakan masih terlalu banyak misteri disebalik kuasa camshaft ini yang perlu kita bongkarkan..
  • Boleh dikatakan mereka yang memodifikasi enjin 4 lejang pasti akan menukar camshaft.. apakah tujuannya? menambah kelajuan? ya.. pasti itulah matlamat utama.. ada diantaranya cuma beli cam racing dan pasang.... Alhamdulillah, sedikit sebanyak akan memberi perbezaan pada kuasa pecutan mesin. namun jika mesin anda sudah boleh dikatakan 'kategori open' mungkin akan memberi kesan yang sebaliknya.. ini kerana pressure yang terhasil diatas perubahan cc anda sudah terlalu jauh dengan mesin standart. Kebanyakkan cam racing dipasaran dihasilkan untuk mesin yang tidak terlalu ekstrem (standart modified)..

  • Seperti yang telah diceritakan dahulu, duration valve terbuka dan tertutup adalah penentu dimana rentang kuasa sesebuah mesin, sama ada di RPM bawah, menengah atau jauh diatas RPM tinggi..
  • Cam racing biasanya menpunyai ciri-ciri cam motocross iaitu memberi kuasa di RPM bawah ke tengah.. Mengapa? kerana cam begini lebih mudah disetting. Dengan sedikit ilmu mengenai ruang pebakaran, setting pilot mainjet, set spocket, tukar ekzos, anda sudah boleh membuatkan gear 2 terangkat.. 
  • Namun jika mesin-mesin ini terus di setting, hingga masuk ke 'kategori open' pasti anda akan teraba-raba disatu tahap. bahkan boleh menjadi lebih parah daripada mesin standart.

  • Oleh itu disinilah ilmu memesin cam diperlukan.. Bagaimana caranya? jika telah paham sepenuhnya duration dan timing camshaft berkerja anda boleh mengubah sudut cam mengikut kehendak mesin anda..
cam potong

  • Bahagian (D) dipotong @ dipendekkan untuk meninggikan lift (C)
  • Bahagian (B) dikecilkan @ dikuruskan untuk membesarkan sudut (duration)
  • Anda juga boleh membesarkan sudut cam dengan menggemukkan cam dengan mewelding atau menambah 'isi' dibahagian nose dan flank.. sesudah ditambah, potong semula mengikut kesesuaian mesin anda.. 
  • Pattern nose dan flank juga dapat mempengaruhi kreteria mesin anda.. flank yang tinggi dapat memberi lebih masa kepada valve berkerja, sedikit sebanyak boleh meningkat prestasi mesin. Namun jika terlalu tinggi akan menyebabkan ramp terlalu mejunam. Hal ini tidak baik kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada valve dan seating valve..

 Cam yang akan digemukkan


cam potong
Cam standart yang dipotong ramping

    • Kebiasaannya camshaft yang telah diubah akan mengeluarkan bunyi bising.. Bagaimana untuk mengurangkan bunyi tersebut? Caranya dengan memastikan tiada lekuk atau gap yang besar diantara cam dan rocker arm. . Dibahagian ramp selalunya penyumbang utama masalah ini.. lift yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan bunyi bising.. Selain itu mesin-mesin yang berkompresi tinggi, dengan cam yang aggresif, bunyi cam akan menjadi semakin kritikal..
    • Disinilah terletaknya cabaran pada mereka yang membina camshaftnya sendiri.. Pada kami tidak berguna jika, 'cam kuat tapi bunyi pun kuat'.. 

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan