Rabu, 19 Oktober 2016












baru siap body....enjin stndrt.......kasi test sbb nak tengok sspnsion dlu heheheh......enjin matap sspnsion K.O bahaya kepada pengguna litar yang lain hehehehe

Rabu, 5 Oktober 2016

PISTON
Piston dalam bahasa Indonesia juga dikenal dengan istilah torak adalah komponen dari mesin pembakaran dalam yang berfungsi sebagai penekan udara masuk dan penerima hentakan pembakaran pada ruang bakar silinder liner. Komponen mesin ini dipegang oleh setang piston yang mendapatkan gerakan turun-naik dari gerakan berputar crankshaft. [sunting] Pengertian umum Piston merupakan sumbat geser yang terpasang presisi di dalam sebuah silinder. Dengan tujuan, baik untuk mengubah volume dari tabung, menekan fluida di dalam silinder, membuka- tutup jalur aliran atau pun kombinasi semua itu. Pada silinder hidrolik piston menerima gaya dari fluida dan diteruskan menjadi gerakan segaris (linear).
Piston adalah sumbat geser yang terpasang di dalam sebuah silinder mesin pembakaran dalam silinder hidrolik, pneumatik, dan silinder pompa.
Tujuan piston dalam silinder adalah:
• Mengubah volume dari isi silinder, perubahan volume bisa diakibatkan karena piston mendapat tekanan dari isi silinder atau sebaliknya piston menekan isi silinder. Piston yang menerima tekanan dari fluida dan akan mengubah tekanan tersebut menjadi gaya (linear).
• Membuka-tutup jalur aliran.
• Kombinasi dari hal di atas.
Dengan fungsi tersebut, maka piston harus terpasang dengan rapat dalam silinder. Satu atau beberapa ring (cincin) dipasang pada piston agar sangat rapat dengan silinder. Pada silinder dengan temperatur kerja menengah ke atas, bahan ring terbuat dari logam, disebut dengan ring piston (piston ring). Sedangkan pada silinder dengan temperatur kerja rendah, umumnya bahan ring terbuat dari karet, disebut dengan ring sil (seal ring).
Piston pada mesin juga dikenal dengan istilah torak adalah bagian (parts) dari mesin pembakaran dalam yang berfungsi sebagai penekan udara masuk dan penerima tekanan hasil pembakaran pada ruang bakar. Piston terhubung ke poros engkol (crankshaft,) melalui setang piston (connecting rod). Material piston umumnya terbuat dari bahan yang ringan dan tahan tekanan, misal aluminium yang sudah dicampur bahan tertentu (aluminium alloy).




Ring Piston
Ring piston memiliki dua tipe, ring kompresi dan ring oli. 
Ring kompresi berfungsi untuk pemampatan volume dalam silinder serta menghapus oli pada dinding silinder. Kemampuan kompresi ring piston yang sudah menurun mengakibatkan performa mesin menurun. 
Ring oli berfungsi untuk menampung dan membawa oli serta melumasi parts dalam ruang silinder. Ring oli hanya ada pada mesin empat tak karena pelumasan mesin dua tak menggunakan oli samping.
Piston berfungsi untuk mengubah energi panas menjadi energi gerak. Piston terdiri dari:
 Kepala piston ring piston
 Pen piston batang piston
 Bantalan piston

 Kerusakan-kerusakan pada piston:
 Piston aus, akibatnya: bocor kompresi, Perbaikannya:ganti piston
 Ring piston patah, akibatnya : bocor kompresi,mesin tidak bisa hidup,dinding silinder/piston rusak, Perbaikannya:ganti ring piston
 Dudukan pena piston aus, akibatnya : suara mesin berisik, Perbaikannya : Ganti piston

 Dudukan penahan pen piston aus, akibatnya:penahan piston lepas,pen piston bergerak ke kanan & kekiri,hal ini dapat merusak dinding silinder blok, Perbaikannya : ganti piston
 Bantalan piston aus, akibatnya:suara berisik,pisto bergerak tidak stabil,mesin macet, Perbaikannya:ganti bantalan piston.

Selasa, 4 Oktober 2016

PERBEZAAN CAM RACING DENGAN CAM POTONG



 
Cam standart yang telah diracingkan
  • Salam buat semua.. kali ini aku akan bercerita lagi mengenai camshaft. Mungkin bagi kami yang begitu obses dengan cam ini merasa tidak cukup untuk berkongsi ilmu dengan sedikit penerangan pada post yang lepas.. kami merasakan masih terlalu banyak misteri disebalik kuasa camshaft ini yang perlu kita bongkarkan..
  • Boleh dikatakan mereka yang memodifikasi enjin 4 lejang pasti akan menukar camshaft.. apakah tujuannya? menambah kelajuan? ya.. pasti itulah matlamat utama.. ada diantaranya cuma beli cam racing dan pasang.... Alhamdulillah, sedikit sebanyak akan memberi perbezaan pada kuasa pecutan mesin. namun jika mesin anda sudah boleh dikatakan 'kategori open' mungkin akan memberi kesan yang sebaliknya.. ini kerana pressure yang terhasil diatas perubahan cc anda sudah terlalu jauh dengan mesin standart. Kebanyakkan cam racing dipasaran dihasilkan untuk mesin yang tidak terlalu ekstrem (standart modified)..

  • Seperti yang telah diceritakan dahulu, duration valve terbuka dan tertutup adalah penentu dimana rentang kuasa sesebuah mesin, sama ada di RPM bawah, menengah atau jauh diatas RPM tinggi..
  • Cam racing biasanya menpunyai ciri-ciri cam motocross iaitu memberi kuasa di RPM bawah ke tengah.. Mengapa? kerana cam begini lebih mudah disetting. Dengan sedikit ilmu mengenai ruang pebakaran, setting pilot mainjet, set spocket, tukar ekzos, anda sudah boleh membuatkan gear 2 terangkat.. 
  • Namun jika mesin-mesin ini terus di setting, hingga masuk ke 'kategori open' pasti anda akan teraba-raba disatu tahap. bahkan boleh menjadi lebih parah daripada mesin standart.

  • Oleh itu disinilah ilmu memesin cam diperlukan.. Bagaimana caranya? jika telah paham sepenuhnya duration dan timing camshaft berkerja anda boleh mengubah sudut cam mengikut kehendak mesin anda..
cam potong

  • Bahagian (D) dipotong @ dipendekkan untuk meninggikan lift (C)
  • Bahagian (B) dikecilkan @ dikuruskan untuk membesarkan sudut (duration)
  • Anda juga boleh membesarkan sudut cam dengan menggemukkan cam dengan mewelding atau menambah 'isi' dibahagian nose dan flank.. sesudah ditambah, potong semula mengikut kesesuaian mesin anda.. 
  • Pattern nose dan flank juga dapat mempengaruhi kreteria mesin anda.. flank yang tinggi dapat memberi lebih masa kepada valve berkerja, sedikit sebanyak boleh meningkat prestasi mesin. Namun jika terlalu tinggi akan menyebabkan ramp terlalu mejunam. Hal ini tidak baik kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada valve dan seating valve..

 Cam yang akan digemukkan


cam potong
Cam standart yang dipotong ramping

    • Kebiasaannya camshaft yang telah diubah akan mengeluarkan bunyi bising.. Bagaimana untuk mengurangkan bunyi tersebut? Caranya dengan memastikan tiada lekuk atau gap yang besar diantara cam dan rocker arm. . Dibahagian ramp selalunya penyumbang utama masalah ini.. lift yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan bunyi bising.. Selain itu mesin-mesin yang berkompresi tinggi, dengan cam yang aggresif, bunyi cam akan menjadi semakin kritikal..
    • Disinilah terletaknya cabaran pada mereka yang membina camshaftnya sendiri.. Pada kami tidak berguna jika, 'cam kuat tapi bunyi pun kuat'.. 

    • YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI JEK ROD DAN BORE UP

    crankshaft jek rod
    Crankshaft Kriss Jek Rod 15mm

    Salam... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi... 
    Terima kasih kepada semua pembaca blog kami yang baru hendak belajar ini.. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda untuk kita sama-sama berkongsi, menambah ilmu dan pengalaman. Pastinya mereka yang sering memodifikasi motosikal mempunyai begitu banyak pengetahuan yang berbeza diantara kita.. Bagi kami kita adalah bersaudara, yang berkongsi hobi yang sama, mempunyai tujuan yang sama, jatuh keseorangan amat sukar untuk bangkit semula..



    Post kali ini kami akan bercerita mengenai menambah kapasiti enjin.. seperti yang semua tahu semakin besar kapasiti enjin, semakin banyak udara dan bahanapi dapat dihirup oleh enjin, maka semakin besar lah kuasa yang akan diperolehi.. Ini lah kebanyakkan tujuan modifikasi, mencari kuasa, mempercepatkan pecutan dan top speed yang melentukkan meter ke dinding...
    Kapasiti enjin boleh ditambah dengan 2 cara. iaitu
    1. Membesarkan piston (bore up)
    2. Memanjangkan lejang (stroker up)
    Enjin yang mempunyai bore yang lebih besar dari stroke di panggil oversquare dan stroke yang lebih besar dari bore di panggil undersquare.


     Contoh mesin yang telah di jek rod memilki gasket blok tebal

    Rata-rata kita semua biasa lihat jentera-jentera drag (terutamanya mesin 4 lejang) memiliki gasket blok yang tebal-tebal sehingga hampir menyamai panjang blok mesin itu sendiri! Mengapa? Kerana mereka telah mengubah stroke semaksimum yang boleh. Mesin yang dikategorikanundersquare ini lebih cenderung menghasilkan kuasa di RPM rendah ke menengah. Dikala lampu hijau dinyalakan, mesin mampu keluar dengan cepat walaupun dengan RPM yang rendah,.Top speed juga dapat diraih tanpa perlu mesin berteriak tinggi. Rata-rata mesin begini mempunyai spoket yang kecil hingga ada yang hampir sama besar spoket depan dan belakang..
    Walaubagaimanapun setiap sesuatu mesti ada kelemahanya.
    • Dengan bore yang kecil kita tidak boleh membesarkan valve. Salah satu punca mengapa mesin tidak dapat bermain di RPM tinggi.
    • Cranking Pressure juga menjadi lebih tinggi, 
    • Isipadu ruang pembakaran amat perlu dititik beratkan untuk design mesin sebegini.
    • Piston lebih cepat menghampiri limit piston speed.
    • Geseran piston lebih banyak kerana jarak perjalanan piston yang panjang. Enjin cepat panas
    • Mencari top speed pada RPM tinggi akan membawa bencana..
    • Contoh enjin standart menggunakan design ini : Yamaha LC, Honda Wave 125

      Contoh mesin oversquare, gasket blok nipis tapi blok welding

      Mesin-mesin oversquare pula biasanya kita dapat lihat pada blok yang berwelding kerana slip yang besar telah dibenamkan. Gasket blok juga tidak terlalu tebal. Biasanya idling mesin begini agak kasar, berbanding mesin undersquare.. Dengan ruang bore yang luas kita boleh membesarkan valve, tekanan mesin tidak begitu tinggi, geseran piston juga lebih rendah. Mesin mampu berteriak di RPM tinggi tanpa banyak risiko dan piston tidak terlalu menghampiri limit piston speed.. 
      Namun sama seperti mesin oversquare, ia juga mempunyai kelemahan.
      • Cranking pressure rendah menyebabkan mesin tidak bertenaga di RPM rendah. Duration camshaft yang tepat penting untuk mengatasi masalah ini.
      • Perlu disetting bersama karburator besar. 
      • Bahanapi tidak begitu menjimatkan.
      • Sistem ekzos menjadi peranan penting untuk menghasilkan kuasa.
      • Contoh enjin standart menggunakan design ini : Modenas Kriss, Jaguh.


        Memanglah di dunia yang nyata ini kita biasanya memodifikasi mesin mengikut budget. Mengubah kapasiti mesin bukanlah sesuatu yang murah. Namun jika berpeluang, pastikan ciri-ciri mesin yang akan anda lakukan perubahan. Jika berminat pada jek rod yang tinggi-tinggi dan gasket tebal-tebal, pastikan kualiti pembuatan pada crankshaft anda juga tinggi. Semakin jauh big pindianjak, semakin tinggi risiko untuk anda mencari kuasa maksimum. Pastikan juga berat crankshaft sepadan dengan kapasiti enjin agar mesin tidak terlalu stress..

        Kesimpulanya, setiap modifikasi hendaklah bersesuaian dengan keperluan mesin. Mengikut pengalaman kami risiko mesin 'jek rod kaw-kaw' adalah tinggi jika digunakan untuk trek yang panjang. Mesin lebih enak dijodohkan dengan trek yang pendek.. Mudah dan cepat keluar starting dan cepat mendapat top speed.. 
        Mesin jarak jauh pula kami menggunakan design oversquare. Dengan valve yang besar, tekanan yang tidak terlalu tinggi dan susun atur buka tutup valve yang sesuai, mesin lebih mantap di top gear.. 

        MENCARI TOP SPEED DENGAN MENGIRA NISBAH MAMPATAN PADA HEAD